Syeikh Mohd Idris al-Marbawi

Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi atau lebih dikenali dengan panggilan Idris al-Marbawi, seorang ulama terkenal di Nusantara, Mesir dan Mekah. Beliau terkenal dengan kefahaman dalam ilmu bahasa Arab, Ilmu Hadith, Tafsir dan Fiqah.

Mohd Idris dilahirkan pada tahun 1893 di Mekah. Keluarganya berpindah dan pulang semula ke Malaysia pada tahun 1913. Pada usia 10 tahun, beliau Berjaya menghafal 17 juzuk Quran dan beberapa buah kitab. Ketajaman fikiran beliau membuktikan beliau tergolong dalam kelompok manusia yang cerdik pandai.

Pendidikan

Mohd Idris mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Melayu lubuk Merbau, Perak. Beliau juga belajar dibeberapa buah sekolah pondok seperti Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi di Kedah, pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Ilmu agama yang dipelajarinya itu menjadikan beliau seorang yang faqih dalam ilmu agama.

Kerjaya

Selepas Mohd Idris menamatkan pengajian dibeberapa buah sekolah pondok itu, beliau ditawarkan bekerja sebagai guru agama di salah sebuah sekolah di Perak. Pada waktu itu juga beliau berkahwin dengan pilihannya sendiri. Kemudian pada tahun 1924, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar Mesir. Kepandaian beliau terserlah apabila beliau Berjaya memperolehi pencapaian tertinggi dari universiti itu.

Semasa berada di Universiti Al-Azhar, Mohd Idris mengenal pasti masalah dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu. Kebanyakan dari mereka sukar bertutur dan memahami bahasa Arab. Beliau mengambil langkah dengan menyusun sebuah kamus Arab – Melayu bersama-sama lima orang rakan lain. Namun, pada pertengahan jalan dalam penulisan kamus itu, seorang demi seorang rakannya menarik diri.

Penarikan oleh rakan-rakannya tidak mematahkan semangatnya dalam menerbitkan kamus Arab – Melayu. Berkat usahanya yang gigih, pada tahun 1927 sebuah kamus Arab – Melayu berjaya diterbitkan dengan judulnya Qamus al- Marbawi. Kamus itu mendapat sambutan ramai hingga penerbitnya terpaksa mengulang cetak berpuluh-puluh kali.

Sumbangannya dalam Bidang Penulisan

Kejayaan dalam menghasilkan kamus Arab- Melayu itu adalah batu loncatan bagi dirinya terlibat secara aktif dalam penghasilan karya-karya ilmiah yang lain. Karya yang memberi sumbangan penting dalam pengajian hadith di Malaysia adalah kitab Bahr al-Mazi. Kitab ini adalah ringkasan kepada sunan al-Tarmizi. Kitab ini menghuraikan hadith dalam bentuk fiqah, tasawuf, akidah dan muamalat. Kitab ini menggunakan tulisan jawi terbesar dan ia antara kitab terawal diterbitkan dalam kalangan orang Melayu.

Beliau juga menterjemahkan kitab Bulugh al-Maram. Kitab ini adalah karya asal seorang tokoh hadith yang bernama Ibn Hajar al-Asqalany. Kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam menghasilkan Tafsir Surah Yassin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, dan penulisan karya yang bertajuk Quran Bergantung Makna.

Beliau juga menulis dalam bidang fiqah, akidah dan falsafah. Antara karya beliau yang terkenal ialah Kitab Nizam al-Hayah, kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, ensiklopedia Kamus Segala Ilmu, Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu dan lain-lain.

Sumbangan  besarnya dalam bidang agama dan persuratan Arab-Melayu diiktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dianugerahkan ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980. Kemudian pada 1 Muharam 1408  Hijrah, Syeikh Idris Al-Marbawi dianugerahkan gelaran tokoh Ma’al Hijrah 1408.

Sumbangannya itu menyebabkan namanya dikenang hingga ke hari ini. Nama beliau diabadikan disalah sebuah Kolej yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej itu diberi nama Kolej Idris al-Marbawi. Sekolah pertama tempat beliau belajar dahulu juga mengambil sempena namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.

Pada 13 Oktober 1989, Syeikh Mohd Idris al-Marbawi meninggal dunia pada umur 96 tahun di Hospital Besar Ipoh. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Lubuk Merbau, Perak.

Tentang bachtiaryuan

hobi ngblog karna tertarik dengan dunia wartawan roda 2.olah raga saya TARUNG DERAJAT,
Pos ini dipublikasikan di indahnya islam. Tandai permalink.

4 Balasan ke Syeikh Mohd Idris al-Marbawi

  1. orong-orong berkata:

    nice inpoh gan, baru tau ane

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s